>>mohd kamil bin abdul halim<<
>>mujahid engineer<<
>>seoul,korea<<
>>ex kisas 03/04<<
>>bachok,kelantan<<





VIDEO
 Mountain (Batch 85)  
 Dikir Barat (Batch 85)
 Kontroversi Filem Gubra
 Recite Surah Yassin
 Dust is My Bed
AUDIO

First Class Zaujah 
Cinta Dunia vs Cinta Akhirat 
 Baitul Maqdis
 Brotherhood
 Dunia Sementara


NO CHANNEL



DOUBLE CLICK UNTUK BESARKAN SKRIN


TITIPAN KASIH


~bicara online~



PENGUMUMAN





HUKUM HAKAM





IKLANEKA











Radio-Hadith: ONLINE!





MUTIARA KATA







SAHABAT SEPERJUANGAN



TARBIYAH ADDICT PAGE
UKHTI HASANAH
UKHTI DR. LINAFARHANA
UKHTI YUSRINA


PIREL HENSEM
RENEGIX_01
AKHI SAZS AXL
AKHI FAIZULAFZAN
AKHI IRFAN
USTAZ MUDA
AKHI AZMI FAHMI
DR. SYAFIQ
AKHMAL AL-AZHAR
AFAIS
SAIFULISLAM
KHAIRUL FAIZI
SYAHID ZUL



VISITORS



launched date : 24/11/2006
Free Web Site Counter

sahabat yang sedang online



Loading...

Cleaning Memories


ARCHIVES ARTICLES



|+| Archives |+|

:: bangsa-bangsa yang musnah
:: tinta seorang mujahid
:: xifu & the algebra
:: jahiliah ke islam??
:: 2 kalimah syahadah
:: video hukuman saddam
:: keinsafan
:: kolej islam sultan alam shah
:: bush melawak
:: beruntunglah orang2 yg dagang
:: wanita pergi masjid
:: rahsia mujahideen
:: junta bush mendedahkan arahan serangan
:: setelah sekian lama menyepi
:: hadith web
:: coins
:: Al-Jazari tokoh Jurutera Mekanikal Islam
:: Harga sebuah Akidah
:: PUNK
:: Hukum lelaki pakai emas
:: Malaysia,Amerika dan FTA
:: Blog : Kearah Menjana Idealisme melalui Penulisan Blog
:: Agama : Tanam AL-QURAN di Kutub Utara ???
:: Video : Tanda Kiamat
:: Sambutan Maulid Nabi
Kajian :: Islam dan Teknologi Maklumat
Bicara Agama : Sunni dan Syiah Bersatu
Falak Online : Asteroid 2006 VV2 Melintasi Bumi
Religion : Is The Bible God's Word?
:: Cetusan : Rahsia di Sebalik Sebiji Telur Ayam
:: IT : e-Jawi Converter 2.1 (Beta)
:: Busana Muslimah
:: Falak Online: Planet Seperti Bumi Ditemui
:: Politik Samseng
:: Tugas Kita Belum Selesai
:: Kita Dipertemukan Kerana Allah
:: Malaysia $ Carlsberg
:: Nuur Qistina
:: Be Careful !!!
:: Hidayah Allah
:: Cek Mek Molek
:: Selamat Hari Guru
:: Yahoo Messenger 8 Multi Login
:: International Family Day
:: Menjejaki Kejora dan Zuhal
:: Game Quest 4 Bush
:: Permasalah solat ketika haid
:: Baca pesan yahoo messenger tanpa login
:: Islam Pasti Bangkit
:: Bersama Karam



BERITA MINGGU INI




 HarakahDaily- SSM serah memorandum pada Suhakam tuntut pilihan raya kampus adil dan bersih

 HarakahDaily- Apa motif 70 lelaki warga asing datang ke JPN Kelantan? Hantu ker?

 Akhbar Sinar Harian- Demonstrasi Rakyat Setiu. Kenapa?

 UtusanOnline- Segelintir penulis blog umpama penyanyi karaoke. Betul ker?

 UtusanOnline- Ranking bola sepak Malaysia jatuh lagi. Salah siapa?

  BHarianOnline- Keputusan lantik hakim di tangan Abdullah. Amacam?

 HarakahDaily- Tindakan tegas: Makkal Osai hina Nabi Isa, Namewee hina lagu negaraku



BERITA BERGAMBAR



|+| Sekadar Berita ^.^ |+|


4 mins : Agger charges forward and drives a low shot towards goal which is deflected before being saved by Bywater for a corner


8 mins : Pennant's cross from the right finds the head of Torres but Bywater makes a good stop from the Spanish striker's effort


19 mins : Foul on Arbeloa but the ref plays a good advantage and Mascheranon fires the loose ball wide


26 mins : GOAL! Xabi Alonso: Alonso's free kick evades everyone and lands in the back of the net. Just what we needed


33 mins : Pennant skips past his marker down the left and crosses for Kuyt who sends a header wide of the target


45 mins : GOAL! Ryan Babel: Arbeloa slides the ball into Babel's path and the Dutchman finishes in style


46 mins : A sitter missed by Alonso as he scoops the ball over after great play from Arbeloa, Torres and Kuyt


55 mins : GOAL! Fernando Torres: Classy finish from Torres as he finds space in the box and slides the ball into the corner for his second Kop goal


69 mins : GOAL! Xabi Alonso: Alonso grabs his second with a well placed shot into the far corner after more inventive attacking play


69 mins : GOAL! Xabi Alonso: Alonso grabs his second with a well placed shot into the far corner after more inventive attacking play


76 mins : GOAL! Andriy Voronin: The substitute Voronin taps home after Kuyt's shot had been saved


Click here to see interview with them


Torres opened the scoring in the first half when he was fed by Steven Gerrard before slotting past Petr Cech.



RANKING



My Odeo Podcast


Azharian's Topsite


BKPJM TOP BLOG


Ukhwah.com :: Top Blog


BOIKOT












rss feed


Oct 15, 2007

 "Panas Tapi Macam Dalam Syurga"


( Ada sahabat-sahabat yang belum mengenali Pakcik Osman yang sentiasa segar dalam penulisan ana. Jadi, ana putarkan kembali kisah hidupnya yang pernah ana siarkan sebelum ini. Eid Mubarak Pakcik Osman. Wassalam )

Setelah memeluk Islam, nama diberi Osman. Panggilan manjanya ialah Pakcik Osman. Seindah nama, sedamai ungkapan, itulah yang dapat dirakam bagi menggambarkan keramahannya. Menceritakan detik-detik kehadiran permata hidayah di dalam hidupnya, seakan-akan merungkai kembali saat pahit dan manis perjalanan hidupnya dalam mencari erti cinta yang hakiki, cinta yang tulus suci berlandaskan ketakwaan dan pengabdian sepenuh kehidupan kepada Allah  s.w.t.

Biarpun semakin dimamah usia, semangatnya masih 'muda' untuk mengenali Islam. Selepas memeluk Islam, tiada lagi keraguan di dalam dirinya. Yang pasti dia yakin dengan sepenuh hati bahawa tiada tuhan disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu utusan Allah. Kini, dia tersenyum dengan sepenuh kepatuhan dalam memperhambakan diri, sama seperti umat Islam yang lain.

Jika bumi Turki yang menjadi tempat tergugatnya iman Karam terhadap ajaran Kristian, kini bumi Arab Saudi pula menjadi saksi terhadap pengislaman pakcik Osman. Niat merantau untuk mencari sesuap rezeki rupa-rupanya hanyalah sebuah episod untuk menyempurnakan jalan penerimaan hidayah di dalam hidupnya. Dia yakin, tiada apa yang lebih membahagiakan hidupnya melainkan kejayaan menggapai kebenaran dalam beragama.

"Arab Saudi panas macam dalam Neraka, tetapi tatacara hidup masyarakat di sana ibarat sebuah kehidupan di alam Syurga. Berbeza dengan kehidupan di Korea, dalam keadaan cuaca yang sentiasa dingin dan menyamankan seperti berada di dalam Syurga, tetapi perjalanan hidup masyarakatnya ibarat terkapai-kapai di dalam lembah Neraka Jahanam yang dalam" , melunsur laju untaian kata daripada mulut Pakcik Osman sebagai merungkaikan kembali peristiwa yang telah membuka jalan ke arah pengislaman.

Ya Allah, sungguh tajam ungkapan itu. Kakiku kaku, fikiran mula menerawang jauh meninggalkan Pakcik Osman yang seolah-olah memahami situasiku pada waktu itu. Takut bercampur kagum dengan kiasannya. Aku takut akan balasan Neraka. Aku banyak dosa, aku tidak layak untuk menjejaki singgahsana Syurga. Apapun, aku bersyukur padaMu kerana terus memberi kesempatan untukku bertaubat. Sungguh hebat hidayahMu, sungguh hebat lagi kegagahan yang kau berikan kepada Pakcik Osman untuk meluluhkan hatiku yang sejak lahir lagi hanya mengEsakanMu dalam hidupku. Syukur padaMu Ya Allah.

Sejak itu, timbunan persoalan bermain-main di dalam fikirannya. Berbekalkan azam dan tekad yang menggunung tinggi, pakcik Osman mula berfikir akan hakikat satu kuasa yang telah berjaya mempengaruhi kehidupan insan-insan di sana. Dia bertambah bingung mengenangkan ketaatan wanita-wanita di sana yang mengenakan tudung di kepalanya walaupun dalam cuaca panas terik. Baginya, di sana pasti ada satu kuasa yang Maha Hebat.

Berkat azam yang terpasak kukuh di hatinya, akhirnya pakcik Osman menemui lorong-lorong kebahagian itu. Itulah dia " ISLAM ". Satu kuasa yang telah menyelinap masuk ke setiap urat saraf pemiliknya. Kuasa yang telah menjadi punca terjunjungnya agama di kepala dan dunia meluntut hina di kaki-kaki penganutnya. Alhamdulillah, sejak itu dia nekad untuk meneruskan hidup bersama Islam. Hanya Islamlah agama yang benar baginya.

Sekembalinya di Korea, berkat semangat suka bertanya, akhirnya ilmu agamanya semakin bertambah-tambah. Dengan alunan Quran dan Hadis yang mengiringi penjelasannya, bagiku insan ini cukup bertuah. Jauh di sudut hati, aku malu mengenangkan generasi umat Islam pada masa kini. Istilah cinta hanya di bibir, nur Islam sudah jauh meninggalkan kita. Yang tinggal hanyalah hakikatnya. Setiap ajaran agama dikajinya semata-mata untuk menambahkan lagi iman di dadanya. Kenapa berpuasa ? Kenapa banyak gerakan tangan ketika solat ?  Dan yang paling aku kagumi adalah tentang kajiannya mengenai ayat-ayat Al-Quran. Contohnya seperti ayat 41, 42 Surah Saad ;


Maksudnya : Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami: Nabi Ayub ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: " Sesungguhnya aku diganggu oleh Syaitan dengan (hasutannya semasa aku ditimpa) kesusahan
dan azab seksa (penyakit)".


Maksudnya : (Maka Kami kabulkan permohonannya serta Kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah (bumi) dengan kakimu " (setelah ia melakukannya maka terpancarlah air, lalu Kami berfirman kepadanya): " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum (bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin) ".

Berpandukan ayat di atas, pakcik Osman telah melakukan satu kajiian bagi membuktikan kebenaran ayat di atas. Alhamdulillah, ternyata benar dan baginya, ubat yang paling bagus ialah air. Katanya, sebab itulah kebanyakan ubat-ubatan sekarang dicipta dalam bentuk cecair. Ya Allah, ilmu ini sudah terakam indah di dalam Al-Quran berkurun lamanya. Cuma kita sahaja yang tidak sudi mendampinginya.

Di tengah-tengah pengembaraan hidupnya dalam mempelajari Islam itulah, Allah telah menganugerahkan 'sayap kiri perjuangan' baginya. Takdir yang menentukan bertemunya dua insan yang dilahirkan dalam keadaan bukan Islam tetapi diberi hidayat oleh Allah untuk memeluk Islam. Demi mencapai cita-citanya untuk mengahwini perempuan tersebut, Pakcik Osman telah berdakwah dan menerangkan sedaya yang mampu tentang Islam kepadanya. Alhamdulillah, akhirnya mereka kembali kepada fitrah kejadian insan.

Tidaklah mampu ana rungkaikan setiap bait-bait indah di sini. Cukuplah sekadar mengkoreksikan kenangan indah ana di sini untuk tatapan sahabat-sahabat. Semoga ia memberi manfaat untuk semua. Fikirkanlah, adakah kita pernah merasai hakikat kemanisan iman itu sebagaimana mereka merasainya? Sudah 20 ana bergelumang dengan kehidupan Islam, tetapi cuma sedikit sahaja "keizzahan" Islam itu tercalit di hati. Yang kelam itu hanyalah debu-debu kotor yang menanti "iman" untuk mencucinya. Ya Allah, ampunilah hambaMu ini.

Bersedialah untuk menghadapi maut. Datangnya tanpa diundang, tiba masa semua akan pergi. Jika anda sudah bersedia, Tahniah !!! Anda memang hebat. Ana belum bersedia, masih banyak yang perlu dibaiki dan dilaksanakan. Doakan kebahagiaan hidup ana di dunia dan juga di akhirat. Juga ke atas seluruh ummat Islam di muka bumi Allah ini. Sama-samalah kita mempertingkatkan amal kita sebagai bekalan di hari yang belum pasti kesudahannya. Moga-moga Allah golongkan kita di dalam kalangan orang-orang yang bertakwa. Ameen


    



Sep 3, 2007

Seluar Londeh Wanita : Suatu Hak Kebebasan Peribadi?

Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka hati?

"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa dan nak pakai apa pun!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi ke planet lain". Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"come on la ustaz, tak kanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini,think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Di dalam Islam hak berpakaian bukanlah hak milik bebas kita semua. Sebagai hamba Allah, kita perlu memahami hidup ini sentiasa diikat dengan pelbagai jenis hak antara satu sama lain.

Hak terutama dan yang tertinggi : adalah hak Allah SWT, samada suka atau tidak sesuatu hukum yang 'putus' seperti larangan Zina, Riba, tinggal solat, menutup aurat dan lain-lain adalah tidak boleh ditoleran oleh keadaan dan berubah mengikut peredaran zaman. Ia dinamakan hukum hakam yang bersifat 'muhkamat' atau 'Qatiyyat', tatkala itu, sebarang idea dan logik aqal manusia tidak boleh masuk campur dalam hal urusan hukum sebegini untuk mengubahnya menjadi harus dan halal.

Mudahnya, ia disebutkan di dalam hadis ini :-

فقال يا مُعَاذُ هل تَدْرِي حَقَّ اللَّهِ على عِبَادِهِ وما حَقُّ الْعِبَادِ على اللَّهِ قلت الله وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قال فإن حَقَّ اللَّهِ على الْعِبَادِ أَنْ يَعْبُدُوهُ ولا يُشْرِكُوا بِهِ شيئا

Ertinya : Wahai Muadz, adakah kamu sedar dan tahu apakah hak Allah yang patut dijaga oleh hambanya, dan apa pula hak hamba yang patut dijaga oleh Allah?

Muadz menjawab : Allah dan rasulNya lebih mengetahui.

Baginda menjawab : "Sesungguhnya hak Allah yang wajib dijaga oleh hambanya adalah agar mereka sentiasa tunduk abdikan diri kepadaNya (dengan turuti perintah dan jauhi larangannya) dan jangan ia mempersekutukanNya dengan satu apa pun.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2701, 3/1079)

Hak kedua : adalah hak Nabi Muhammad SAW secara peribadi seperti berselawat ke atas baginda SAW apabila mendegar nama baginda disebut. Terdapat juga hak baginda yang bukan peribadi tetapi atas kapasiti 'Nabi' dan 'Rasul' yang mesti diikuti manakala sebahagian lagi hanya disunatkan sahaja.

Hak ketiga : adalah hak pemerintah yang adil dengan cara mentaati mereka selagi mana tidak dibawa kepada kebinasaan. Sebarang penyalahgunaan hak oleh kumpulan ini, wajib dicanggahi. Sabda nabi SAW :

لا طاعة لمخلوقٍ في معصية الله إنما الطاعة في المعروف

Ertinya : "Tiada ketaatan kepada makhluk dalam hal yang membabitkan maksiat kepada Allah, sesungguhnya taat hanyalah dalam hal yang membawa kebaikan" ( Riwayat Al-Bukhari, Muslim, At-Tirmidzi, 4/209 : Tirmidzi : Hasan Sohih)

Hak keempat dan yang ke seterusnya : adalah hak orang ramai, antaranya hak jiran tetangga, hak rakan dan saudara dan juga hak untuk tidak dicederakan, hak bersuara, hak tidak dimalukan dan tidak diganggu, hak tubuh badan dan pelbagai lagi.

Saya tidak berniat untuk mengulasnya dengan terperinci, cuma saya ingin mengaitkannya dengan hak kebebasan berpakaian.

Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka hati?

"eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa!" jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

Jawapnya, tubuh ini adalah pinjaman sahaja dan bukan hak milik kita. Jika hak milik kita, kita boleh mematikannya dan menghidupkannya semula sesuka hati kita, sama seperti kereta 'remote control' milik anak kita. Kita boleh dengan sesuka hati sahaja menggayakannya dan menggunakannya, bila habis bateri pula boleh diisi semula dan berjalan lagi dan lagi.

Sebab itu juga kita tidak dibenarkan oleh Islam dan juga undang-undang untuk menjual sepotong tangan, sebiji jantung, sebiji kepala kita kepada orang lain sesuka hati.

Tubuh yang kita miliki ini bukan demikian, ia mesti digayakan menurut kehendak pemiliknya iaitu Allah SWT. Islam memang memberikan kebebasan dalam pakaian tetapi tidak terbuka begitu sahaja, ia terikat dengan hak dan ketetapan yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Justeru bagi sesiapa yang punyai iman, hak kebebasannya untuk memilih apa jua jenis pakaiannya adalah tertakluk kepada displin pakaian yang ditentukan oleh Allah dan RasulNya.

Berdasarkan hak tersebut, wanita dan lelaki yang masih ada keimanan terhadap Allah dan rasulNya serta hari kematian dan balasannya, mereka tidak boleh melanggar hak Allah ini.

Tiada pakaian seksi dibenarkan kerana ia :-

1) cabuli hak Allah ; hak Allah lebih utama dari hak kita secara peribadi sebagai manusia.

Mana logiknya? Allah yang memberikan segalanya buat kita, tiba-tiba kita ingin diberikan kebebasan ikut suka hati kita?.

Sabda nabi SAW :

إن الله حد حدودا فلا تعتدوها وفرض لكم فرائض فلا تضيعوها وحرم أشياء فلا تنتهكوها

Ertinya : "Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kta), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah menwajibkan bagi beberapa kewajiban dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya." (Riwayat Al-Hakim, 4/129 : Az-Zahabi tidak memberikan komen tentang tahap hadis ini)

2) cabuli hak manusia lain ; berpakaian seksi ini juga tidak dibenarkan kerana ia melanggar hak orang lain yang sedang cuba menjaga iman dan mata mereka dari dosa-dosa.

"Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi" Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

"pastikan, planet baru itu tiada makhluk yang boleh terganggu dengan seksinya anda"

"Jika tidak, seksilah sepuasnya di depan mata suami anda, inshaAllah bermanfaat"

Saya memuji negeri Kelantan yang berusaha menjunjung hak Allah dan RasulNya sehingga mendesak mereka mengaturkan undang-undang khas pemakaian atau 'dress code', dikenakan denda bagi sesiapa yang melanggarnya. Ia amat baik kerana selain mencarik hak Allah SWT, pakaian seksi yang ditayang secara terbuka boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga orang lain.

Suami orang terlihat lalu terganggu kasihnya kepada isterinya di rumah, pemuda dan pemudi terangsang dan dirangsang lalu porak peranda hidup mereka dengan zina dan dibuang keluarga akibat 'bunting' sebelum kahwin.

Hancur ikatan suami isteri, musnah ikatan keluarga hanya dengan pakaian 'seksi' . Manusia tidak sedar dan sering mengganggap kecil. Semua perkara yang termasuk dalam hak Allah dan RasulNya sudah pasti tidak akan hanya melibatkan perkara kecil, ia pasti memberi impak yang besar kepada ketidakstabilan hidup secara umum.

"come on ustaz, takkanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la ustaz" Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya.

Sudah tentu bukan kerana pakaian sesksi itu semata-mata tetapi ia adalah pelengkap dan sebagai 'medium' menggabungkan nafsu lelaki yang tidak terkawal dengan nafsu wanita yang 'gila' seksi dan juga liar. Ia juga sebagai jambatan dan 'iklan' untuk berlakunya zina, rogol dan seumpamanya. Itulah adalah pakaian seksi dan berbogel secara 'sipi-sipi'.

"Sebenarnya ustaz, bogel terus lebih kurang bahaya dari seksi" kata seorang mahasiswa kepada saya melalui sms.

Bila ditanya mengapa, ia kata " Kerana bogel terus tak 'best', tak 'suspend', terus nampak je,  berbanding seksi. Nampak sikit sana, sikit sini. Sebab tu ia lebih mendebarkan jantung dan nafsu muda kami untuk melihat lebih lagi dan lagi hingga boleh jatuh buat zina dan rogol" sambung mahasiswa berdarah anak muda ini.

Satu penjelasan yang jujur pada hemat saya.

Awas, jangan sesekali kita merasa lebih pandai dari Allah dan RasulNya yang mengatur system alam ini. Kelak kita akan ke kubur jua.

Kini, sebuah negeri di Amerika mungkin semakin sedar buruknya pakaian seksi ini, cuma akibat tiada keimanan dan ilmu mencukupi, mereka hanya mula larang 'seluar londeh' sahaja buat masa ini, sedangkan baju londeh, kain londeh dan londeh-londeh yang lain masih belum dapat ditanggapi keburukannya oleh aqal manusawi mereka yang lemah.

Kerana itu, ajaran agama diperlukan. Itulah Islam satu-satunya yang diredhai Allah.

p/s : dulu kerajaan China dan Kelantan larang pakaian seksi, sekarang Amerika pun terasa bahangnya???

Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net


    


Aug 17, 2007

Cipta Virus Penipu !!!

Virus? Katakan tidak pada virus. Anda takut akan virus? Jangan bimbang, pada kesempatan ini, penulis ingin berkongsi cara-cara untuk mencipta virus penipu (main-main dan olok-olok). Sekali lagi diulangi, virus ini dinamakan virus penipu kerana ianya tidak merbahaya dan boleh juga digunakan untuk mengenakan sahabat-sahabat anda sebagai suatu gurauan biasa(hehe). Saya mengatakan sedemikian kerana virus penipu yang akan kita hasilkan ini sebenarnya bertindak sebagai Menu Shutdown / Log off apabila file tersebut dibuka. Apabila file tersebut dibuka, anda hanya diberi lebih kurang seminit untuk mencari jalan keluar sebelum komputer anda di log off secara automatik. Jalan keluar tersebut ada di penghujung tutorial ini. Jadi, sila lanjutnya pembacaan anda hingga akhirnya. Semoga bahan-bahan sebegini kembali menceriakan kita. Masih kabur? Jangan risau, ikuti langkah-langkah dibawah :

LANGKAH 1



Right click tetikus > gerakkan mouse ke butang New dan seterusnya click pada butang Shortcut . Sila lihat contoh di atas.


LANGKAH 2



Pada ruangan Command Line seperti di atas, sila taip shutdown -s -t 60 -c "mesej anda". Sila rujuk gambar di atas. Sebagai contoh, saya telah memilih mesej virus_kamil. Anda boleh taip apa-apa sahaja di ruangan mesej anda tersebut. Mesej yang ditulis tersebut akan terpampang di program apabila file dibuka. Selepas siap menaip setiap patah perkataan tersebut, sila click pada bebutang Next .


LANGKAH 3



Seterusnya, anda akan diminta untuk menamakan file virus anda. Sebagai contoh seperti di atas, saya menamakan file saya sebagai life is beautiful. Pilihlah nama-nama yang menarik agar penerima-penerima file tersebut tergerak hati untuk membuka file tersebut sekaligus misi anda akan berjaya. Bukan jahat tapi nakal(hehe). Niat untuk senda gurau dengan sahabat-sahabat yang lain. Selesai menamakan file tersebut, sila click pada bebutang Finish .

Senang bukan? Sekarang akan terpampang satu program yang baru anda cipta sebentar tadi di ruangan screen monitor anda. Lihat gambar di bawah.



Jadi, apa anda mahu buat sekarang? Mahu buka file tersebut?

Opssss...jangan lagi. Baca la sampai habis
Big Smile

Jika anda buka file tersebuat juga, akan terpampanglah hasil daripada program yang dicipta. Lihat gambar di bawah ( komputer saya disetting dalam bahasa Korea ).




Inilah virus penipu yang saya maksudkan. Lihat pada ruangan masa yang dimerahkan, itulah masa yang diperuntukkan untuk anda menyelamatkan komputer anda daripada di log off (hehe). log off jer, bukan rosak pun. Nanti boleh buka semula.

Apakah penyelamatnya? Penyelamat ada di bawah. Sudi-sudikanlah untuk bertandang demi keselamatan anda(hehe).


PENYELAMAT



Anda masih selamat kerana mendengar nasihat saya(hehe). Tahukah anda tanpa mengetahui tip terakhir ini, komputer anda pasti di log off secara automatik tadi dan anda terpaksa buka semula komputer tersebut(hehe). Ok, saya akan ajar anda bagaimana mahu selamatkan komputer anda daripada di log off ketika detik-detik masa yang diperuntukkan terus bergerak di screen monitor anda.

Caranya senang saje, anda hanya perlu ke menu ( Start windows ) dan pilih pautan Run. Seterusnya masukkan shutdown -a pada ruangan yang disediakan dan tekan enter .

Sekarang, virus penipu tersebut akan hilang secara automatik. Jadi, komputer anda selamatlah. Anda gembira(hehe)? Cuba bayangkan jika anda hantar program yang anda cipta tersebut kepada teman-teman anda. Dan anda pasti terbayang bagaimana komputer mereka akan di log off secara automatik selepas seminit lantaran tidak mengetahui kod keselamatan yang telah kita bincangkan di sini.

Tetapi dinasihatkan supaya jangan sampai bergaduh. Cukup sekadar untuk berhibur di kelapangan waktu. Semoga dapat menceriakan kita sambil memupuk kekreatifan dalam bidang perkomputeran. Sekali lagi diulangi, ini adalah virus penipu. Dengan kata lain, virus olok-olok ataupun main-main untuk suka-suka. Dan semestinya tidak memudaratkan komputer anda. Ia sebenarnya merupakan suatu program untuk log off komputer. Anda boleh gunakannya untuk log off komputer anda. Ok, itu sahaja untuk tutorial pada kali ini. Selamat mencuba. Sebarang pertanyaan, sila ajukan kepada saya. Wallahua'lam


    


Aug 12, 2007

Alternatif Kepada Internet Explorer

Semalam seorang sahabat telah merungut berkenaan masalah yang timbul semasa menggunakan browser Internet Explorer. Jadi, ehsan daripada tunjuk ajar cikgu zul, saya kongsikan browser-browser lain yang jauh lebih baik daripada Internet Explorer dan Mozilla yang selalu diguna pakai oleh kita semua.

OPERA


Walaupun Firefox dan Internet Explorer merupakan browser paling popular saat ini, Opera masih sedikit lebih baik. Hal ini terutama bila kita menilainya dari aspek keselamatan dan keselesaan. Sejak September 2005, versi percumanya telah bebas sebarang dari iklan (sebelumnya tergolong Adware).

Di samping memiliki ciri seperti Tabbed-Browsing, dukungan RSS dan sebuah pop-up blocker, Opera juga menawarkan identifikasi gerakan mouse (mouse gesture) untuk navigasi cepat, update automatik, menyimpan sesi pengguna serta satu e-mail client percuma.

Tips: Opera selalu menampilkan jendela 'Transfers' pada setiap download. Apabila anda merasa terganggu dengan jendela tersebut, buka jendela transfer melalui "Tools | Transfers". Klik toolbar 'View' pada jendela tersebut untuk memilih, apakah Opera hanya membuka jendela 'Transfer' di latar belakang atau sama sekali tidak menampilkannya pada saat ia memuat-turun sebarang fail.

Apabila anda ingin mengawasi mana-mana muat-turun, klik toolbar 'Panels'.
Seterusnya, klik tombol 'Transfers' untuk menampilkan jendela keterangan (sidebar) di sampingnya.

MAXTHON


Browser Maxthon ini amat menarik. Kita boleh membuka beberapa website secara serentak dengan menggunakan tab dan tab-tab ini boleh pula disusun mengikut kehendak kita samada sejajar, cascading, melintang atau menegak.

Selain itu, Maxthon menawarkan beberapa "skin" yang menarik. Ia menggunakan resource yang sedikit berbanding browser-browser lain. Melihat kepada Windows Task Manager dan benar ia hanya menggunakan tidak sampai 15,000K memori yang pada masa yang sama IE telah menjangkau 30,000K dan Firefox 50,000K.

Maxthon ini juga dilengkapi dengan beberapa plugin menarik. Di samping itu terdapat Utiliti Luaran yang boleh dipanggil melalui browser ini seperti My Computer, Add/Remove Program, Notepad, Paint dan Regedit. Terdapat juga sebuah ikon kecil di bawah bernama Simple Collector yang membolehkan kita membuat catatan ringkas mengenai website yang dilawati seperti fungsi clipboard dan boleh disimpan. Kita boleh mendapat malumat Whois dan Alexa Rating sesuatu website dengan hanya mengklik butang kanan tetikus. Selain itu Maxthon membenarkan kita melayari lamanweb dengan selamat daripada dikesan (menggunakan Anonymizer).

Auto-Refresh terpasang di browser ini. Kita boleh tentukan berapa masanya (dalam ssat) sesuatu tab itu akan direfresh semula. Ini akan menyebabkan kita dapat membaca kiriman-kiriman terbaru di dalam foum, shoutbox dan lain-lain secara automatik tanpa perlu refresh secara manual. ZDNET, Nonags dan Softpedia masing-masing memberikan 5 bintang kepada browser ini.

SLIMBROWSER


Ia mempunyai ciri yang hampir sama dengan Maxthon di atas. SlimBrowser sekarang diedarkan secara percuma. Ia sebuah browser yang amat cepat dan berupaya untuk membuka sehingga 180 website di dalam satu masa !

Selain itu Slimbrowser di lengkapi dangan fungsi Site Filter dan fungsi Carian dari pelbagai sumber. Auto-refresh juga disediakan sebagai satu plugin siap-terpasang. Sama seperti Maxthon, kita boleh terus mendapatkan maklumat Whois dan Alexa Ranking tentang sesuatu website dengan hanya memilih dari menu butang kanan. Slimbrowser juga memiliki "skin"nya yang menarik.

AVANT BROWSER


Tertarik kepada dakwaan Avant Browser is "the fastest web browser on Earth". Benar ia cepat. Fungsi-fungsi yang ada pada Maxthon dan Fastbrowser di atas juga dimiliki oleh Avant. Ia membolehkan tab browsing, cascade, horizontal dan vertical. Kalau Maxthon dan Fastbrowser menjadikan Google sebagai enjin pencari mantap, maka Avant memilih Yahoo.

Satu perkara yang menarik di browser ini ialah ciri keselamatannya. Ia tidak membenarkan sebarang program, skrip atau kod yang melalui browser ini di website-website tertentu untuk mengakses komputer kita. Selain itu terdapat fungsi Safe Recovery dimana jika browser tertutup dengan sendiri sewaktu kejadian cemas, maka website yang terkahir kita layari akan disimpan dan dipaparkan apabila kita membuka semula Avant ini.

Ia juga mempunyai skin, malah mempunyai Skin Makernya sendiri. Terdapat lebih 20 skin yang tersedia untuk dipilih. Dilengkap dengan ciri Auto-Refresh yang amat berguna.


K-MELEON


K-MELEON adalah sebuah web browser yang ringan yang diasaskan kepada Gecko (enjin yang terpakai di Mozilla), amat laju dan mempunyai antara-muka yang boleh diubahsuai. K-Meleon di bina dengan akitektur plugin yang amat berkuasa yang mengizinkan kita menambah plugin menikut selera dan keinginan kita.

K-Meleon dikeluarkan dibawah lesen GNU General Public Favorites. Anda akan diimpot secara automatik apabila memasang K-Meleon. Sebarang plugin Mozilla plugins (Shockwave, Adobe dll.) boleh berfungsi apabila ianya disalin ke folder plugin di bawah K- Meleon. Makros boleh diaktifkan, non aktifkan dan diubahsuai. K-Meleon membenarkan kita mengawal cookies. Berkeupayaan untuk mengawal pop-up dan mempunyai tab browsing (dikenali sebagai layer di dalam K-Meleon) yang baik. Diantara ciri unik layer k-meleon ialah kita boleh memanggil semula layer yang sudah tersalah tutup.

Skinnya banyak telah dibina dan boleh diperolehi di sini
. Untuk melayari lamanweb yang ada mengandungi Flash, sila install Flash Player terkini dari Macromedia.

K-Meleon ini memang disukai ramai dan semakin ramai yang menjadikan browser ini sebagai browser utama menggantikan Firefox. Anda bagaimana ? Kerana loadingnya dan rendering sesebuah lamanweb lebih cepat menggunakan K-Meleon berbanding dengan mana-mana web browser yang lain. Baca ulasan orang lain tentang K-MELEON ini di sini
.

Mengikut pemerhatian, Internet Explorer7.0 sudah tidak perlu kerana apa yang IE7.0 tawarkan telah pun ada di dalam mana-mana browser di atas. Malah browser seperti SlimBrowser jauh lebih baik dari IE7.0. Tak tahulah kerana IE7.0 final edition belum lagi dikeluarkan hingga saat ini.

p/s: saya masih gunakan Firefox 1.5.0.3 untuk melayari internet, namun saya tidak dapat menyangkal kehebatan browser-browser lain seperti Opera dan sekarang saya mula menggunakan browser Opera.  So, silalah download browser-browser tersebut di mana-mana. Tinggal ajela Internet Explorer tu..hehehe

DOWNLOAD ;

Opera :
www.opera.com
Maxthon: www.maxthon.com
SlimBrowser: http://www.flashpeak.com/sbrowser
Avant Browser: http://www.avantbrowser.com
K-Meleon: http://kmeleon.sourceforge.net